Saturday, January 24, 2015

Sejarah Sekolah



SK LKTP Jengka 17 telah diasaskan pada tahun 1977, serentak dengan pembukaan Tanah Rancangan FELDA Jengka 17.

Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah ini tidak mempunyai bangunan yang khas. Oleh yang demikian, pihak FELDA telah menyediakan 2 buah rumah peneroka untuk dijadiakan kelas sementara. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 60 orang dengan bilangan guru seramai 6 orang.

Pada tahun 1979 bangunan khas sekolah telah siap dibina diatas kawasan yang berkeluasan 8.3 ekar dan pihak sekolah telah berpindah ke kawasan tersebut.

Dengan bilangan murid yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan untuk menambah 2 blok bangunan sekolah yang baru.

Pada tahun 1993, sekolah ini telah pun mempunyai 19 bilik darjah, serta dilengkapi dengan sebuah pejabat, sebuah bilik Pusat Sumber, sebuah bilik alatan, serta bilik khas seperti bilik Muzik, bilik Kemahiran Hidup, dan sebuah surau. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 585 orang, dengan tenaga pengajar seramai 30 orang serta 5 orang kakitangan pejabat.

Pada tahun 2003, sekolah telah mendapat 2 blok bangunan 3 tingkat yang baru. Semua kelas dipindahkan ke bangunan ini. Bangunan baru ini juga dilengkapi dengan sebuah pejabat, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Stor Sukan, Bilik Rawatan & Kesihatan, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Surau dan Pusat Sumber yang meliputi Bilik BBM, Perpustakaan dan Bilik Tayang APD.

Mulai tahun 2007, sekolah ini telah mempunyai sebuah kelas Prasekolah dengan seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), juga kelas J-QAF dengan 3 orang tenaga pengajar. Kelas-kelas ini menggunakan bangunan lama yang telah dibaikpulih.

Bermula tahun 2009, sebuah kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah diwujudkan. Kini sebuh blok bangunan baru telah siap dibina untuk kemudahan program PPKI dengan pertambahan murid seramai 11 orang, 3 orang guru serta 2 orang PPM.

Kini SK LKTP Jengka 17 mempunyai murid seramai 233 orang, 24 orang guru, 2 orang kakitangan pejabat, 3 orang PPM, 4 orang pekerja swasta dan 4 orang pengawal keselamatan.